Wikipedia Jawi
May 25, 2006
Seorang yang punya visi mempertahankan tulisan jawi telah mewujudkan satu laman bertulisan jawi sepenuhnya. Ejawi.net namanya. Apa yang menarik, penjawian tulisan menggunakan unicode.
Pembangun laman itu juga telah membina penterjemah rumi-jawi, memudahkan penulisan dalam jawi. Bagi sesiapa yang merangkak boleh saya menulis rumi, kemudian menjawikan menggunakan penterjemah.
Untuk makluman juga, sahabat baik dan satu kuliah saya ketika di MMU telah membina penterjemah rumi-jawi. Kedua-dua aplikasi penterjemah:
- e-jawi.net - menggunakan suatu enjin penterjemah yang akan cuba menterjemah sebarang tulisan.
- penterjemah syazwan – menggunakan kamus DBP sebagai rujukan. Sekiranya perkataan terbabit tiada dalam kamus, maka ia tidak akan diterjemah.
Gara-gara penjawian telah muncul di laman khalidjaafar menerusi rakannya rastom, tercetus idea wikipedia jawi. Namun, untuk mewujudkan wikipedia jawi, permasalahan timbul kerana belum wujud dan perlu didaftarakan dengan wikipedia. Sesiapa ingin bersama-sama membinanya?
Teknologi blog sudah lama berada sejak 1995 (Automatic scripting tools in 1997, Istilah weblog 1997). Hanya selepas sahaja ledakan bom “kapal terbang” di WTC, N Y(Sept 11), ianya dikenali dan seakan meledak dalam segenap bentuk persoalan kehidupan manusia. Ketika itu, autoritative media telah menjadi bias dalam laporannya. Medium rakyat untuk mendapat maklumat ialah di laman-laman peribadi.
Di Malaysia, pendekatan grassroot journalism menjadi popular bila Jeff Oii wartawan Malaysiakini menerbitkan blog journalism beliau. Sekarang, begitu ramai pula penulis, terutama dalam kelompok politik, sivil dan kemasyarakatan menerbitkan blog mereka sendiri.
Istilah – grassroot journalism, peer-to-peer communication
Wikipedia Entry
Menulis??!!
February 26, 2006
AKu menulis? AKu sebenarnya malas menulis. bEtul-betul malas, walaupun kawan-kawanku ada menyatakan yang aku lebih mudah difahami dengan tulisanku.
Sebenarnya, penulisan bukan minatku. Lebih-lagi yang bersifat cerita dan naratif juga yang berfakta. Jika menulispun, penulisan yang bersifat pendapat, agrumentasi dan spekulatif.
Namun, jika aku mengumpulkan kekuatanku dalam tulisan, ada yang benar-benar boleh dikagumkan?!
Zaman blog telah aku kenal sejak istilahnya belum wujud di maya ini. Sewaktu itu, penerbitan tulisan bersifat kronologi ini dikenali sebagai online journal, atau electronic diary. Kegunaan berterusan terutama tulisan yang bersifat sahaja mahupun pendek yang kadang-kala hanya lintasan si penulis mewujudkan downgrade disebut log. Apabila website menjadi medan menyimpan khazanah, maka wujudnya istilah web log. AKhirnya, dari istilah ini terbitlah we blog.
Menjana website bukan setakat menerbitkan sesuatu di website tersebut, akan tetapi perlu juga ada tanda-tanda website tersebut dikemaskinikan, walaupun tiada isi yang tepat. Justeru menjadi kebiasaan menjana log.
Akhir sekali, log, dapat disamakan dengan amalan programmer, yang menyimpan version tertentu program yang dijananya. Log disimpan sebagai trail, bagi menjejak kembali idea yang terdahulu bagi dapat digunakan semula.
Sekarang ini blog pula menjadi trend, dan aku… walaupun sudah lama mengetahuinya, baru sekarang ni merasakan ingin menulisnya dengan teratur.
Sekian, pembuka kata.