Mulai hari terlampau awal?!
May 4, 2008
Artikel mengenai loceng jam loceng besar di Bangunan Sultan Abdul Samad mengesahkan malah melebihi jangkaan saya bahawa rakyat semenanjung Malaysia telah memulakan hidup seharian terlalu awal daripada sepatutnya. Artikel bertajuk Detik jam besar rakam sejarah menceritakan perihal kakitangan JUPEM yang selia senggara menara jam itu dan berkenaan sejarah penting berkaitannya. Namun yang menarik perhatian saya ialah mengenai pertukaran waktu tempatan.Berikut petikannya:
Berlaku pertukaran waktu tempatan dalam tempoh 50 tahun iaitu
- 31 Disember 1931 – dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang
- 1 September 1941 – dipercepatkan lagi 10 minit
- 1942 – dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, Jepun
- 1945 – Diselaraskan semula sama seperti 1941
- 1 Januari 1982 – Dipercepatkan 30 minit untuk seragamkan dengan waktu Sabah, Sarawak dan menjadi ‘Malaysian Standard Time’.
Saya mengetahui dipercepat waktu 30 minit awal oleh Dr Mahathir, tetapi baru ini sahaja mengetahui masa tempatan sudahpun dipercepat 30 minit awal. Jadi keseluruhannya masa tempatan telah dipercepat 1 jam.
Tetapi apakah masalahnya masa jika dipercepat atau diperlambat? Siapa yang berkata tidak ada masalah mungkin duduk terlalu selesa. Kita lihat para pelajar sekolah. Ada masanya sebelum matahari terbit sudah sampai kesekolah. Ada yang terpaksa bergerak ke sekolah sebelum Subuh! Di manakah tempat di dunia yang sekolah bermula sebelum atau sejurus matahari terbit? Malaysia Barat!
Sebab itulah Zohor kita selalu sejam lewat dari tengah hari. Sedangkan tengah hari sebenarnya bermaksud waktu mahatari tepat di atas kepala!
Renung-renungkanlah.
Waktu solat
April 22, 2008
Tika melepak menggunakan VBasic Express 2008, terilham ide utk membina aplikasi pengira waktu solat. Dahulu aku cuma muat turun, tetapi hasilnya mengecewakan. Semuanya tidak kena citarasa; waktu yg dikira bercelaru dengan takwim keluaran MAIK (Majlis Agama Islam Kedah); hatta kiraan JAKIM!
Timbul tanda tanya; sekiranya komputer mampu mengira secara “teramat-amat jitu” mengapa terdapat berbezaan minit yang ketara. Walaupun bezanya, 2-3 minit, namun, bagi sebuah PC, perbezaan ini amatlah ketara. Di mana kekurangannya?
Dalam pada-pada itu di Moonsighting.com mengemukakan hujah-hujah mengapa hisab, lebih-lebih lagi pengiraan komputer tak boleh diguna pakai secara mutlak dalam penentuan waktu solat. Laman itu menekankan kepada kaedah cerapan, sebagai penentu no.1 waktu solat dalam memberi penentuan yang meyakinkan.
Tersingkap suatu isu; mengapa perlu masjid-masjid meninggalkan kaedah cerapan dan terlalu bergantung kepada hisab sedangkan kaedah cerapan itu lebih utama dalam kaedah?
Tersingkap pula suatu cetusan; apa mungkin susahnya menentukan waktu solat menyebabkan Islam sukar berkembang pada latitud tinggi?
Berbalik pada software waktu solat. Aku kena lihat model pergerakan matahari, kerana pergerakan matahari adalah asas penentuan. Kemudian kenalpasti pemboleh-ubah2 yang patut ada. Ketidaktepatan kiraan dalam banyak aplikasi adalah kerana pembolehubah berkaitan tidak dimasukkan; hanya assuption yang menjurus pada ketidaktepatan. ( Masalah Nombor Fibonnanci, masuk apa pun, jawapannya pun 1; untuk mudah, tulis shj return 1 tanpa perlu lalui kiraan; banyak ikut shorcut, just tulis assuption; buat absolute value (constant) bukan variable). For Further Investigation
Escribitionist
April 4, 2008
This entry dated 4.4.2008. Heh
Today we see a new wave in Malaysian blogsphere. Those people who was enemy of blogger are now blogger themselves. Those they did not have any other design concept, just copycat typical blogger. Having a blog is good, but its better for themselves having full-featured website (which of course include blog).
I like to running away from typical blogger definition. Although this is a weblog, I prefer this space as my personal belonging that I let go for public showing. Here, I’m a escribitionist. I bump to his word, about two years ago, when reading about blog. Well, as this is my personal space, it would be informal, with sometime a mixture of rational and irrational though and emotion. Rojak.
From Wikipedia:
An escribitionist is a person who keeps a diary or journal via electronic means, and in particular, publishes their entries on the world wide web. The word was coined in June 1999 by Erin Venema, an online diarist, in the course of a discussion on a mailing list for web journalers. At issue was how to distinguish web journal authors from keepers of traditional paper-and-ink diaries.
The word comes from a combination of the English word “exhibitionist” and the Spanish word “escribir,” meaning “to write.” (The latter is cognate to the English “scribe“; both come from the Latin scribere.) It also evokes the marketing gimmick of using the letter “e” as a prefix to imply a link to technology and electronics, although that was not intended.
Coined before the widespread use of weblogs, the word escribitionist is often used to distinguish diary keepers on the web from weblog authors, whose writing often involve far more diverse styles, perspectives and subjects than those used in personal journals. While a weblog author may engage in journaling, or reporting, or political commentary, an escribitionist is focused on personal experiences and reflection.
Nukilan Tahun Baru 2008M / 1429H
January 10, 2008
Pejam celik, tahun yang baharu telah tiba. Perjalanan hidupku akan berterusan lagi. Mengimbau tahun yang lepas, perasaan kerendahan senantiasa menghinggap jiwa. Walaupun kehidupanku seperti berada di tengah-tengah lautan luas, tiada tahu arah tujuan, kerapkali dihempas ombak ganas menjulang tinggi, taufan saling kunjung tiba; satu-satunya kepuasan apabila dapat mengorak selangkah. Walaupun selangkah, tetapi selangkah yang menukar sempadan, dari daerah yang tidak aku langkahi semenjak 10 tahun kepada satu daerah baru, yang lebih ganas dan kejam, yang mesti juga kutempuh hatta berapa lama atau singkat jua pertapaanku di menara gading. Segulung skrol utk 10 tahun.
Pengalaman perit merasai kegagalan, kutahu bila jiwa dirundung malang, rasa orang terpinggir.
Pengalaman melahirkan rasa sayang dan kasih kepada mereka; dan merasai cemuh dan muak pada mereka yang sombong dengan kedudukan dan kecerdikan.
Adakah patut, gagal lulus dihukum, sedangkan kefahaman datang bila belajar dari kesalahan?
Adakah patut, kemiskinan dianggap kemunduran, dan keterbelakangan, sedangkan si kaya pun miskin akal budinya.
Adakah patut, kekolotan jadi jenayah, sedangkan itukan hak seseorang manusia untuk menjadi kolot sepertimana hak seseorang manusia menjadi “cerah”.
Malangnya, si cerah, si cerdik, si kaya lupa bahawa mereka sendiri menjadi si penindas kepada kemerdekaan manusia, bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan.
Satu nukilan terpendam buat tahun baru. Biarkan tahun yang baharu ini mencorak warna kehidupanku.
Permulaan yang baru
July 3, 2007
Aku baru sahaja menamatkan bachelor yang mengambil masa 10 tahun untuk diselesaikan! Menimba biar puas!
Satu masalah timbul. Aku belum dapat memutuskan kemanakah perjalananku. Sebelum ini, aku hanya tahu menjadi mahasiswa. Menantikan apakah yang perlu diputus, sebaiknya aku membentuk komitmen untuk blog ini, yang telah lama aku tinggalkan. Tak mahu lagi ianya sunyi seperti dulu.
Jadi, komitmen (1), aku hendak menulis pantun dalam tulisan jawi di blog ini. Seminggu satu pantun. Pantun apa yang patut ku mulakan?
Unluckiest Day
October 16, 2006
(Ditokok setelah sembilan bulan) Hari itu begitu malang bagitu. Aku kehilangan handphone. Teragut oleh peragut bermotor, dalam sedetik waktu. Sedetik kemudian, ku cuma mendapatkan semula tetapi aku tercampak dan terheret dek pecutan motorsikal si peragut. Ku terbaring dalam menahan kesakitan akibat luka, di tengah-tengah jalan, tanpa dihiraukan pemandu-pemandu motokar yang melintas.
Sekadar catatan, untuk mengimbau suatu masa yang telah berlaku…
Update 5 Sept 2007:
Keragutan itu bukan satu-satunya malang hari itu. Ia bermula seawal siangnya. Hari itu aku perlu turun ke KL untuk membeli sebuah buku buat rujukan. Bukunya sudahpun dijumpai di Kinokuniya di KLCC. Wang untuk pembelian dimasukkan lewat oleh ayah. Lewat petang juga keluar dari kampus di Cyberjaya untuk ke KL. Setibanya di Putrajaya Sentral, aku menaiki bas RapidKL laluan Putrajaya-Bandar Utama. Kemudian bertukar bas di Tesco, Puchong dengan menaiki bas RapidKL laluan Punchong-KL Sentral dalam perancangan untuk singgah dahulu di MPH Midvalley meninjau buku rujukan itu.
Buku itu ketiadaan di MPH, lalu aku berhaluan ke KLCC. Malangnya aku tersampai agak lewat, kerana RapidKL yang dinaiki tersangkut-sangkut di Brickfield. Kebiasaan kawasan Brickfield akan sesak menjelang Deepavali akibat kerakusan perniaga menggunakan lorong ketiga pada jalan besar sebagai ruang niaga. Akibatnya, aliran pengangkutan semacam tersumbat.
Ketibaan di KLCC sudah menghampiri waktu tutup dan aku bergegas ke Kinokuniya. Jiwaku penuh kecewa kerana buku yang diinginkan baru pagi tadi dikeluarkan dari rak. Maka terpaksalah pulang dengan tangan kosong.
Kesesakan trafik di Brickfield menyebabkan bas untuk ke Puchong tersangkut hampir tiga suku jam. Akhirnya aku sampai di IOI Puchong berapa minit selepas 11.30mlm untuk menunggu bas terakhir dari Bandar Utama. Malangnya, bas yang ditunggu-tunggu tidak muncul tiba.
Setelah jam melepasi 12 malam, sebuah bas Ekspress Budaya (diambil alih RapidKL) yang menyediakan perkhidmatan shuttle bagi pekerja di Cyberjaya berhenti sebentar di situ bagi mengambil penumpang. Aku cuba mendapatkan belas ehsan pemandu bas itu tetapi tiada langsung perasaan belas yang ditunjukkan, walaupun puas ku terangkan keadaan aku. Dia takut ada operasi JPJ di tengah jalan yang akan memeriksa dan amat takut kalau “penumpang haram” di basnya.
Kawasan di perhentian bas itu betul bertentangan seberang jalan dari IOI Mall dan berdekatan dengan sebuah restoran mamak 24 jam. Jadi tidaklah begitu terpencil untuk ditakuti. Setelah beberapa ketika mengenangkan nasib, aku berkeputusan untuk menalifon kawan. Dalam ketika itulah, datangnya sebuah motosikal dari belakang dan meragut hp ditanganku.
Malang, tiada satu pun kenderaan yang lalu berhenti untuk memberikan pertolongan, walaupun aku terdampar dalam trauma di tengah-tengah jalan. Ada cubaan seorang hamba Allah untuk menahan kereta, tetapi pemandu mengelaknya ke tepi dan terus berlalu.
Malang, tiada seorangpun dari pengunjung restoran yang sedar apa yang berlaku. Malah kemudiannya diketahui terdapat sekumpulan polis baru melepak setelah bertugas disitu. Hanya dengan bantuan seorang hamba Allah memujuk beberapa orang Cina yang kebetulan selesai makan dan menuju ke kereta untuk menhantarkan aku ke Balai Polis, dengan penuh ketidakrelaan.
Malang, tempat kejadian hanya kurang 500m dari balai polis.
Malang, aku terpaksa menunggu sejam untuk laporan polis direpotkan.
Malang, pegawai penyiasat, seorang sarjan, memperlekeh, “lelaki pun boleh kena ragut?!” Tanpa langsung bertanya bagaimanakah keadaan kecederaanku.
Malang, polis-polis yang baru kembali dari lepak dari restoran tadi, juga memperlekeh, “lelaki pun boleh kena ragut?!”
Malang, tiada seorang polispun sanggup menghantarkan aku ke hospital untuk rawatan. Hanya sanggup menurunkan aku di perhentian teksi untuk aku menaiki teksi ke hospital.
Piala Dunia 2006
July 5, 2006
Ketika entry ini ditulis, German baharu sahaja kalah 0-2 kepada Itali menerusi jaringan saat-saat akhir oleh pemain pertahanan Fabio Grosso, minit 119′ disusuli pula jaringan Alessandro Del Piero, minit 120′. Pujian milik pertahanan kental German tetapi keajaiban milik Itali.
Saya ada membuat penilaian ringkas kepada pasukan-pasukan Piala Dunia German dalam blog Khalid Jaafar. Beliau cuba mencetus perbandingan antara Romance of Three Kingdom dengan Piala Dunia 2006. Siapakah Zhuge Liang dan Sima Yi. Komentar saya,
“Zhuge Liang = Marcello Lippi, jurulatih Itali
Sima Yi = Luiz Felipe Scolari, jurulatih Portugal
Mungkin boleh ditambah Jurgen Klinsmann sebagai Cao Cao kerana pendekatan “Attacking Football”.
Cao cao kalah kepada Zhuge Liang. Zhuge Liang kalah kepada Sima Yi. Ramalannya Portugal menang? Walaupun demikian saya tetap menyokong German.
Orang Melayu semacam taksub kepada Brazil seperti kebanggaan kepada Kesultanan Melaka. Jadi Hang Tuah menjadi Ronaldo, Hang Jebat menjadi Ronaldinho, Hang Kasturi menjadi Roberto Carlos, Hang Lekir menjadi Robinho dan Hang Lekiu menjadi Rogerio. Main berselamba seperti rentak samba. Terpesona kepada bintang, tetapi lemah dalam strategis!
Perancis seperti resam yoyo, sudah dipuncak, akan merasa pula dibawah. Selepas menewaskan Brazil, kalau berjumpa dengan Korea Selatan dalam separuh akhir pun Perancis boleh kalah, inikan pula pasukan bimbingan Scolari. Namun, Zidane akan dikenang sebagai mimpi ngeri Brazil. “
Lippi saya samakan sebagai Zhuge Liang kerana terbukti kejayaan berganda beliau sebagai jurulatih kelab ternama Itali, antaranya Napoli dan Juventus, walaupun baru dalam arena pasukan kebangsaan. Beliau seorang jurulatih bekarisma dan motivator, tidak terhad kepada taktikal. Namun, ketidakutamaan beliau kepada taktikal boleh memberi kekurangan apabila “bertemu buku dengan ruas”, seperti Scolari.
Scolari pula, menunjukkan kewibawaan membawa Brazil menjulang Piala Dunia 2002 bagi kali ke- enam. Pasukan bimbingannya kali ini, Portugal, ampuh di setiap posisi. Beliau bukan setakat strategis, tetapi, menekankan disiplin dan taktikal.
Klinsman dengan gaya “Attaking Football”nya jelas mengingatkan kita kepada Cao Cao. Beliau percaya kepada penyerangan, semangat muda dan pemain muda. Namun, apabila saya teliti, permainan menyerang Jerman masih kurang penyudah yang tepat.
Ketika ini Zhuge Liang saya sudah mara, menunggu hanya Scolari yang bertekad mempertahankan kejuaraannya. Nampaknya juara bertahan sebenar masih belum tewas dari pertandingan.
Teknologi blog sudah lama berada sejak 1995 (Automatic scripting tools in 1997, Istilah weblog 1997). Hanya selepas sahaja ledakan bom “kapal terbang” di WTC, N Y(Sept 11), ianya dikenali dan seakan meledak dalam segenap bentuk persoalan kehidupan manusia. Ketika itu, autoritative media telah menjadi bias dalam laporannya. Medium rakyat untuk mendapat maklumat ialah di laman-laman peribadi.
Di Malaysia, pendekatan grassroot journalism menjadi popular bila Jeff Oii wartawan Malaysiakini menerbitkan blog journalism beliau. Sekarang, begitu ramai pula penulis, terutama dalam kelompok politik, sivil dan kemasyarakatan menerbitkan blog mereka sendiri.
Istilah – grassroot journalism, peer-to-peer communication
Wikipedia Entry
Menulis??!!
February 26, 2006
AKu menulis? AKu sebenarnya malas menulis. bEtul-betul malas, walaupun kawan-kawanku ada menyatakan yang aku lebih mudah difahami dengan tulisanku.
Sebenarnya, penulisan bukan minatku. Lebih-lagi yang bersifat cerita dan naratif juga yang berfakta. Jika menulispun, penulisan yang bersifat pendapat, agrumentasi dan spekulatif.
Namun, jika aku mengumpulkan kekuatanku dalam tulisan, ada yang benar-benar boleh dikagumkan?!
Zaman blog telah aku kenal sejak istilahnya belum wujud di maya ini. Sewaktu itu, penerbitan tulisan bersifat kronologi ini dikenali sebagai online journal, atau electronic diary. Kegunaan berterusan terutama tulisan yang bersifat sahaja mahupun pendek yang kadang-kala hanya lintasan si penulis mewujudkan downgrade disebut log. Apabila website menjadi medan menyimpan khazanah, maka wujudnya istilah web log. AKhirnya, dari istilah ini terbitlah we blog.
Menjana website bukan setakat menerbitkan sesuatu di website tersebut, akan tetapi perlu juga ada tanda-tanda website tersebut dikemaskinikan, walaupun tiada isi yang tepat. Justeru menjadi kebiasaan menjana log.
Akhir sekali, log, dapat disamakan dengan amalan programmer, yang menyimpan version tertentu program yang dijananya. Log disimpan sebagai trail, bagi menjejak kembali idea yang terdahulu bagi dapat digunakan semula.
Sekarang ini blog pula menjadi trend, dan aku… walaupun sudah lama mengetahuinya, baru sekarang ni merasakan ingin menulisnya dengan teratur.
Sekian, pembuka kata.