Pantun Gading

September 6, 2007

بواه لڠست كونيڠ منچله
كدودوق تيدق بربوڠا لاڬي
سوده داڤت ڬاديڠ برتواه
تندوق تيدق برڬونا لاڬي

Pantun Bercerai

September 5, 2007

مالم اين مرندڠ جاڬوڠ
مالم ايسوق مرندڠ سراي
مالم اين كيت بركامڤوڠ
مالم ايسوق كيت برچراي

Pantun

July 16, 2007

دأتس روبوهن كوتا ملاك
كيت ديريكن جيوا مرديك
برساتو ڤادوله سڬنڤ باك
ممبيلا حق كعاديلن ڤوساك

Wikipedia Jawi

May 25, 2006

Seorang yang punya visi mempertahankan tulisan jawi telah mewujudkan satu laman bertulisan jawi sepenuhnya. Ejawi.net namanya. Apa yang menarik, penjawian tulisan menggunakan unicode.

Pembangun laman itu juga telah membina penterjemah rumi-jawi, memudahkan penulisan dalam jawi. Bagi sesiapa yang merangkak boleh saya menulis rumi, kemudian menjawikan menggunakan penterjemah.

 Untuk makluman juga, sahabat baik dan satu kuliah saya ketika di MMU telah membina penterjemah rumi-jawi. Kedua-dua aplikasi penterjemah:

  1. e-jawi.net - menggunakan suatu enjin penterjemah yang akan cuba menterjemah sebarang tulisan.
  2. penterjemah syazwan – menggunakan kamus DBP sebagai rujukan. Sekiranya perkataan terbabit tiada dalam kamus, maka ia tidak akan diterjemah.

Gara-gara penjawian telah muncul di laman khalidjaafar menerusi rakannya rastom, tercetus idea wikipedia jawi. Namun, untuk mewujudkan wikipedia jawi, permasalahan timbul kerana belum wujud dan perlu didaftarakan dengan wikipedia. Sesiapa ingin bersama-sama membinanya?