Mulai hari terlampau awal?!
May 4, 2008
Artikel mengenai loceng jam loceng besar di Bangunan Sultan Abdul Samad mengesahkan malah melebihi jangkaan saya bahawa rakyat semenanjung Malaysia telah memulakan hidup seharian terlalu awal daripada sepatutnya. Artikel bertajuk Detik jam besar rakam sejarah menceritakan perihal kakitangan JUPEM yang selia senggara menara jam itu dan berkenaan sejarah penting berkaitannya. Namun yang menarik perhatian saya ialah mengenai pertukaran waktu tempatan.Berikut petikannya:
Berlaku pertukaran waktu tempatan dalam tempoh 50 tahun iaitu
- 31 Disember 1931 – dipercepatkan 20 minit untuk memanjangkan waktu siang
- 1 September 1941 – dipercepatkan lagi 10 minit
- 1942 – dipercepatkan dua jam mengikut waktu Tokyo, Jepun
- 1945 – Diselaraskan semula sama seperti 1941
- 1 Januari 1982 – Dipercepatkan 30 minit untuk seragamkan dengan waktu Sabah, Sarawak dan menjadi ‘Malaysian Standard Time’.
Saya mengetahui dipercepat waktu 30 minit awal oleh Dr Mahathir, tetapi baru ini sahaja mengetahui masa tempatan sudahpun dipercepat 30 minit awal. Jadi keseluruhannya masa tempatan telah dipercepat 1 jam.
Tetapi apakah masalahnya masa jika dipercepat atau diperlambat? Siapa yang berkata tidak ada masalah mungkin duduk terlalu selesa. Kita lihat para pelajar sekolah. Ada masanya sebelum matahari terbit sudah sampai kesekolah. Ada yang terpaksa bergerak ke sekolah sebelum Subuh! Di manakah tempat di dunia yang sekolah bermula sebelum atau sejurus matahari terbit? Malaysia Barat!
Sebab itulah Zohor kita selalu sejam lewat dari tengah hari. Sedangkan tengah hari sebenarnya bermaksud waktu mahatari tepat di atas kepala!
Renung-renungkanlah.