Nukilan Tahun Baru 2008M / 1429H
January 10, 2008
Pejam celik, tahun yang baharu telah tiba. Perjalanan hidupku akan berterusan lagi. Mengimbau tahun yang lepas, perasaan kerendahan senantiasa menghinggap jiwa. Walaupun kehidupanku seperti berada di tengah-tengah lautan luas, tiada tahu arah tujuan, kerapkali dihempas ombak ganas menjulang tinggi, taufan saling kunjung tiba; satu-satunya kepuasan apabila dapat mengorak selangkah. Walaupun selangkah, tetapi selangkah yang menukar sempadan, dari daerah yang tidak aku langkahi semenjak 10 tahun kepada satu daerah baru, yang lebih ganas dan kejam, yang mesti juga kutempuh hatta berapa lama atau singkat jua pertapaanku di menara gading. Segulung skrol utk 10 tahun.
Pengalaman perit merasai kegagalan, kutahu bila jiwa dirundung malang, rasa orang terpinggir.
Pengalaman melahirkan rasa sayang dan kasih kepada mereka; dan merasai cemuh dan muak pada mereka yang sombong dengan kedudukan dan kecerdikan.
Adakah patut, gagal lulus dihukum, sedangkan kefahaman datang bila belajar dari kesalahan?
Adakah patut, kemiskinan dianggap kemunduran, dan keterbelakangan, sedangkan si kaya pun miskin akal budinya.
Adakah patut, kekolotan jadi jenayah, sedangkan itukan hak seseorang manusia untuk menjadi kolot sepertimana hak seseorang manusia menjadi “cerah”.
Malangnya, si cerah, si cerdik, si kaya lupa bahawa mereka sendiri menjadi si penindas kepada kemerdekaan manusia, bertentangan dengan apa yang mereka perjuangkan.
Satu nukilan terpendam buat tahun baru. Biarkan tahun yang baharu ini mencorak warna kehidupanku.
February 6, 2008 at 12:27 pm
Salam kenal buat blogger Malaysia