Unluckiest Day
October 16, 2006
(Ditokok setelah sembilan bulan) Hari itu begitu malang bagitu. Aku kehilangan handphone. Teragut oleh peragut bermotor, dalam sedetik waktu. Sedetik kemudian, ku cuma mendapatkan semula tetapi aku tercampak dan terheret dek pecutan motorsikal si peragut. Ku terbaring dalam menahan kesakitan akibat luka, di tengah-tengah jalan, tanpa dihiraukan pemandu-pemandu motokar yang melintas.
Sekadar catatan, untuk mengimbau suatu masa yang telah berlaku…
Update 5 Sept 2007:
Keragutan itu bukan satu-satunya malang hari itu. Ia bermula seawal siangnya. Hari itu aku perlu turun ke KL untuk membeli sebuah buku buat rujukan. Bukunya sudahpun dijumpai di Kinokuniya di KLCC. Wang untuk pembelian dimasukkan lewat oleh ayah. Lewat petang juga keluar dari kampus di Cyberjaya untuk ke KL. Setibanya di Putrajaya Sentral, aku menaiki bas RapidKL laluan Putrajaya-Bandar Utama. Kemudian bertukar bas di Tesco, Puchong dengan menaiki bas RapidKL laluan Punchong-KL Sentral dalam perancangan untuk singgah dahulu di MPH Midvalley meninjau buku rujukan itu.
Buku itu ketiadaan di MPH, lalu aku berhaluan ke KLCC. Malangnya aku tersampai agak lewat, kerana RapidKL yang dinaiki tersangkut-sangkut di Brickfield. Kebiasaan kawasan Brickfield akan sesak menjelang Deepavali akibat kerakusan perniaga menggunakan lorong ketiga pada jalan besar sebagai ruang niaga. Akibatnya, aliran pengangkutan semacam tersumbat.
Ketibaan di KLCC sudah menghampiri waktu tutup dan aku bergegas ke Kinokuniya. Jiwaku penuh kecewa kerana buku yang diinginkan baru pagi tadi dikeluarkan dari rak. Maka terpaksalah pulang dengan tangan kosong.
Kesesakan trafik di Brickfield menyebabkan bas untuk ke Puchong tersangkut hampir tiga suku jam. Akhirnya aku sampai di IOI Puchong berapa minit selepas 11.30mlm untuk menunggu bas terakhir dari Bandar Utama. Malangnya, bas yang ditunggu-tunggu tidak muncul tiba.
Setelah jam melepasi 12 malam, sebuah bas Ekspress Budaya (diambil alih RapidKL) yang menyediakan perkhidmatan shuttle bagi pekerja di Cyberjaya berhenti sebentar di situ bagi mengambil penumpang. Aku cuba mendapatkan belas ehsan pemandu bas itu tetapi tiada langsung perasaan belas yang ditunjukkan, walaupun puas ku terangkan keadaan aku. Dia takut ada operasi JPJ di tengah jalan yang akan memeriksa dan amat takut kalau “penumpang haram” di basnya.
Kawasan di perhentian bas itu betul bertentangan seberang jalan dari IOI Mall dan berdekatan dengan sebuah restoran mamak 24 jam. Jadi tidaklah begitu terpencil untuk ditakuti. Setelah beberapa ketika mengenangkan nasib, aku berkeputusan untuk menalifon kawan. Dalam ketika itulah, datangnya sebuah motosikal dari belakang dan meragut hp ditanganku.
Malang, tiada satu pun kenderaan yang lalu berhenti untuk memberikan pertolongan, walaupun aku terdampar dalam trauma di tengah-tengah jalan. Ada cubaan seorang hamba Allah untuk menahan kereta, tetapi pemandu mengelaknya ke tepi dan terus berlalu.
Malang, tiada seorangpun dari pengunjung restoran yang sedar apa yang berlaku. Malah kemudiannya diketahui terdapat sekumpulan polis baru melepak setelah bertugas disitu. Hanya dengan bantuan seorang hamba Allah memujuk beberapa orang Cina yang kebetulan selesai makan dan menuju ke kereta untuk menhantarkan aku ke Balai Polis, dengan penuh ketidakrelaan.
Malang, tempat kejadian hanya kurang 500m dari balai polis.
Malang, aku terpaksa menunggu sejam untuk laporan polis direpotkan.
Malang, pegawai penyiasat, seorang sarjan, memperlekeh, “lelaki pun boleh kena ragut?!” Tanpa langsung bertanya bagaimanakah keadaan kecederaanku.
Malang, polis-polis yang baru kembali dari lepak dari restoran tadi, juga memperlekeh, “lelaki pun boleh kena ragut?!”
Malang, tiada seorang polispun sanggup menghantarkan aku ke hospital untuk rawatan. Hanya sanggup menurunkan aku di perhentian teksi untuk aku menaiki teksi ke hospital.
September 4, 2007 at 3:24 pm
Saudara sengaja atau pun tak sengaja, saya tidak tahu, eloklah perbetulkan tajuk pos ini kepada, “Very Unlucky Day”.
September 5, 2007 at 3:43 pm
Memang saya rasa ada tak kena pada tajuk tu. Tapi, “Very Unlucky” pun saya rasa tidak sesuai. Tajuk tu bermaksud “Hari yang Paling Malang”. Perkataan yang lebih sesuai mungkin “Unluckiest day”. Jadi tajuk ini ditukar. Terima Kasih.