Piala Dunia 2006

July 5, 2006

Ketika entry ini ditulis, German baharu sahaja kalah 0-2 kepada Itali menerusi jaringan saat-saat akhir oleh pemain pertahanan Fabio Grosso, minit 119′ disusuli pula jaringan Alessandro Del Piero, minit 120′. Pujian milik pertahanan kental German tetapi keajaiban milik Itali.

Saya ada membuat penilaian ringkas kepada pasukan-pasukan Piala Dunia German dalam blog Khalid Jaafar. Beliau cuba mencetus perbandingan antara Romance of Three Kingdom dengan Piala Dunia 2006. Siapakah Zhuge Liang dan Sima Yi. Komentar saya,

“Zhuge Liang = Marcello Lippi, jurulatih Itali

Sima Yi = Luiz Felipe Scolari, jurulatih Portugal

Mungkin boleh ditambah Jurgen Klinsmann sebagai Cao Cao kerana pendekatan “Attacking Football”.

Cao cao kalah kepada Zhuge Liang. Zhuge Liang kalah kepada Sima Yi. Ramalannya Portugal menang? Walaupun demikian saya tetap menyokong German.

Orang Melayu semacam taksub kepada Brazil seperti kebanggaan kepada Kesultanan Melaka. Jadi Hang Tuah menjadi Ronaldo, Hang Jebat menjadi Ronaldinho, Hang Kasturi menjadi Roberto Carlos, Hang Lekir menjadi Robinho dan Hang Lekiu menjadi Rogerio. Main berselamba seperti rentak samba. Terpesona kepada bintang, tetapi lemah dalam strategis!

Perancis seperti resam yoyo, sudah dipuncak, akan merasa pula dibawah. Selepas menewaskan Brazil, kalau berjumpa dengan Korea Selatan dalam separuh akhir pun Perancis boleh kalah, inikan pula pasukan bimbingan Scolari. Namun, Zidane akan dikenang sebagai mimpi ngeri Brazil. “

Lippi saya samakan sebagai Zhuge Liang kerana terbukti kejayaan berganda beliau sebagai jurulatih kelab ternama Itali, antaranya Napoli dan Juventus, walaupun baru dalam arena pasukan kebangsaan. Beliau seorang jurulatih bekarisma dan motivator, tidak terhad kepada taktikal. Namun, ketidakutamaan beliau kepada taktikal boleh memberi kekurangan apabila “bertemu buku dengan ruas”, seperti Scolari.

Scolari pula, menunjukkan kewibawaan membawa Brazil menjulang Piala Dunia 2002 bagi kali ke- enam. Pasukan bimbingannya kali ini, Portugal, ampuh di setiap posisi. Beliau bukan setakat strategis, tetapi, menekankan disiplin dan taktikal.

Klinsman dengan gaya “Attaking Football”nya jelas mengingatkan kita kepada Cao Cao. Beliau percaya kepada penyerangan, semangat muda dan pemain muda. Namun, apabila saya teliti, permainan menyerang Jerman masih kurang penyudah yang tepat.

Ketika ini Zhuge Liang saya sudah mara, menunggu hanya Scolari yang bertekad mempertahankan kejuaraannya. Nampaknya juara bertahan sebenar masih belum tewas dari pertandingan.

Leave a Reply